Isnin, 20 September 2010

Pantai 7 warna Matruh..


Salam lebaran buat semua pembaca, rasanya masih belum terlambat lagi ungkapkan ucapan eidil fitri serta mohon ampun maaf zahir dan batin. Untuk pengetahuan tahun ini penulis menyambut eidil fitri bersama kawan-kawan di perantauan, alangkah indahnya kalau dapat menyambut hari raya bersama keluarga tersayang tak kira lah walau sehari dua pun bersama mereka. Dalam artikel kali ini penulis nak kongsi sikit lah pengalaman bercuti time musim panas sebelum ramadhan di Mesir. Alhamdulillah rasanya jadual cuti musim panas kali ini terisi dengan baiknya.
Sebagai seseorang yang berstatus pelajar semestinya mempunyai jadual tersendiri untuk mengatur perjalanan rutin kehidupan sehariannya sebaik mungkin
. Dengan itu, penulis cuba mengatur langkah tersendiri untuk menikmati seketika perjalanan kehidupan di perantauan dan lebih-lebih lagi di bumi yang penuh bersejarah.

Kali ini saya dan beberapa orang sahabat berpeluang pergi bercuti buat kali yang ke-3 di Matruh. Kata orang di antara keistimewaan yang ada di tempat ini adalah kejernihan warna air lautnya, sehinggakan jika diperhatikan betul-betul air warna laut di sini terbahagi kepada 7 warna (Pelangi), gambaran ini dapat dilihat pada waktu matahari terbenam. Selain itu, kedudukan Matruh juga terletak di kawasan utara Mesir, iaitu bersebelahan dengan Negara Libya. Pantainya adalah pantai laut Mediterranean berhadapan dengan Turki, Syria dan Lubnan. Cerita pasal pantai saya dan kawan-kawan sempat bermandi-manda, berkayak dan menaiki boat kayuh. Bagi saya ini adalah di antara pantai yang tercantik yang pernah saya pergi.
Alangkah indah dan besarnya kuasa Allah yang mampu mencipta dan mentadbir sekalian alam.


Selain dari pantai yang cantik ini, ada lagi peninggalan sejarah yang lain contohnya macam (Hamam Firaun) terjemahnya tandas atau tempat persinggahan Firaun sewaktu perjalanannya di sekitar Mesir. Di sini juga adalah tempat pengeluar utama buah dan minyak zaitun, berhampiran Matruh adalah Siwa dan di sini juga tempat pengeluar utama kurma Mesir yang terbaik.

Jadi setakat ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama buat pembaca yang ingin mengetahui serba sedikit tempat-tempat yang menarik di bumi Mesir ini. Dan sekarang tibalah waktunya kami di sini memulakan kuliah kami seperti biasa. Moga-moga perjalanan musafir kami dalam menuntut ilmu di sini diberkati dan diredhoi Allah, semoga imtihan kami yang akan datang Berjaya dengan cemerlangnya….aminnn.