Isnin, 1 Jun 2009

"Sekilas Tentang Mesir"



Khazanah peradaban masa lalu sememangnya telah mengangkat mesir di mata dunia sebagai sebuah negara yang penuh dengan sejarah purba. Sebuah negara yang terletak kira-kira di hujung benua Afrika yang jika dipandang dengan mata kasar adalah sebuah tempat yang membangun pada umumnya, tetapi pada hakikatnya adalah tanah tandus seluas pandangan mata yang kaya dengan sejarah warisan purba. Dan Mesir @ Egypt, tidak asing lagi jika ia disandarkan dengan dengan istilah مصر أمّ الدنيا ( Mesir Ibu Dunia ) kerana sejarah peradaban yang ada padanya telah bermula sejak awal 3200 sebelum masihi.- dari Pharonic, Hallenictic, Romawi hingga Islamic. Dan sedikit sejarah ringkas tentang asas terbinanya ketamanunannya :

Lokasi tamadun mesir purba:
-Di tebing Sungai Nil

Dua batang anak sungai:
-Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih

Sebab Tamadun Mesir dikatakan anugerah daripada Sungai Nil:
-Tamadun Mesir terletak di lembah Sungai Nil
-Limpahan air Sungai Nil menukar bentuk bumi tandus kepada kawasan subur
-Lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
-Delta sesuai untuk kegiatan pertanian dan petempatan kekal

Tiga bandar utama tamadun Mesir:
-Thinis,Memphis,Thebes

Ciri-ciri Raja Mesir(firaun):
-Berkuasa mutlak
-Dianggap suci
-Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun
-Pada zaman kerajaan lama ,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus
- Pada dinasti ketiga,firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan Matahari iaitu,Amon-Re
-Sebagai ketua pendeta
-Pemilik tanah/ketua hakim/ketua pahlawan

Susun lapis masyarakat Mesir:
-Firaun
-Bangsawan yang meliputi golongan bangsawan,rahib,tuan tanah dan juru tulis
-Rakyat bebas yang terdiri daripada petani,pedagang dan artisan
-Golongan hamba

Sumbangan firaun perempuan yang bernama Hatshepsut:
-Pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur

Ciri-ciri agama orang Mesir Purba:
-Percaya kepada konsep politeisme(percaya kepada banyak tuhan)
-Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.