Rabu, 16 Jun 2010

Awal Jun


Pada tarikh 6jun 2010 aku menjemput ketibaan Syeikh Muhammad Fuad di Airport Terminal 1 flight gul fair. Perjalanan Syeikh Fuad kali ini diiringi beberapa orang kanannya dari Kuala Lumpur. Tujuan beliau datang ke bumi Mesir ini adalah untuk mendapatkan sanad sohih bukhori dari seorang ulama terkenal yang sangat diiktiraf oleh ulama'-ulama' mutaakhirin. Pada perancangan asalnya tempoh untuk menghabiskan bacaan lebih kurang 7ribu lebih hadith dari kitab sohih bukhori selama satu minggu (7hari) menjadi kepada dua minggu. Bacaan hadith bersama Syeikh Mahmud Saad Mamduh diadakan di hotel dengan dibahagikan kepada dua sesi, iaitu pagi dan petang. Satu sesi lebih kurang 5 jam dan bermakna sehari 10 jam. Selama seminggu Syeikh Fuad di sini beliau lebih banyak habiskan masa di dalam hotel sahaja.

Ketibaan Syeikh Fuad kali ini membuatkan aku betul-betul terasa diriku berada jauh dari kalangan orang-orang yang menuntut ilmu sebenarnya. Dan dengan kegigihan Syeikh untuk menghabiskan bacaan hadith sohih bukhori membuat aku tidak ragui lagi akan semangat beliau dalam menuntut ilmu sejak kecil dulu. Dan juga membuat diri ini terfikir melihat betapa ruginya manusia di masa muda yang tidak menghabiskan masa dengan menuntut ilmu dengan guru-guru yang ada. Hari ini aku melihat diriku berada dalam keadaan sangat beruntung dari orang lain kerana sejak dari dulu lagi memang cita-citaku hendak berdamping dengan ulama'-ulama' besar dan hebat. Dan aku sentiasa berdoa hingga ke hari ini, dan akhirnya apa yang aku minta setakat ini semuanya dapat tanpaku sedari. Segala permintaanku Allah kabulkan tika aku berada di bumi Mesir. Dengan keadaanku sekarang aku masih lagi tidak mampu menanam semangat berkobar-kobar dalam menuntut ilmu. Entah mengapa, mungkin permintaanku kali ini Allah tangguhkan buat sementara, dan mungkin ada hikmahnya. Insyallah aku akan terus berdoa.

Bacaan secara talaqqi "min jild ilaljild" agak sukar untuk ditemui pada hari ini. Dan ini menjadi salah satu sebab megapa sukar sama sekali untuk seorang penuntut ilmu mendapatkan hadith dari syeikh dan masyaiekh yang sepatutnya. (Orang yang sepatutnya) ialah seseorang yang mempelajarinya,menghafaznya,thiqoh terhadapnya,dan sama sekali tidak akan menyelewenginya, dan juga mengambil dan mempelajari semua hadith tanpa meninggalkannya dari syeikh dan maysaiekh yang sama-sama menjaga adab sebagai seorang perawi hadith.

Jadi memandangkan bacaan sebanyak 7ribu lebih hadith dalam jangka masa yang pendek sukar untuk dihabiskan, Syeikh Fuad telah membuat perhitungan untuk kembali semula ke Mesir setelah dua minggu pulang ke Malaysia. Dan juga memandangkan Syeikh Mahmud terlalu sibuk dengan urusannya. Segalanya ditangguhkan terlebih dahulu buat seketika. Pada hari sabtu bersamaan 12 jun Syeikh Fuad serta beberapa orang kanannya telah pulang ke Malaysia dan akan bersambung selepas dua minggu akan dating.

post by ganub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.