Selasa, 31 Ogos 2010

Petanda Rahmat Malam Lailatul Qadar


Di antara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebahagian orang awam muslimin memiliki pelbagai ragam pegangan khurofat dan keyakinan yang batil.
Lingkungan tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah menjadi masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas landasan dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.Lalu bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi shallallahu’alaihi wa sallam pernah mengkhabarkan kepada kita pada beberapa sabda baginda tentang tanda-tandanya, di antarnya adalah:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubai bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahawasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar umpama petang”
(HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbual tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh sinar.”
(HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thabroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada TuhanNya tidak seperti malam-malam sebelumnya.

Pendek kata, marilah kita sama-sama mengejar setiap detik rahmat pada malam-malam yang lebih baik dari seribu bulan, yang pernah pada suatu ketika orang yang faham akan perjalanan agama Allah akan terus kecapi nikmat iman dan islam dengan titipan rahmatNya.

Isnin, 2 Ogos 2010

"PEMBERI SEMANGAT RAMADHAN"


1. Pengampunan Dosa

Allah dan Rasul-Nya memberikan targhib (spirit) untuk melakukan puasa Ramadhan dengan menjelaskan keutamaan serta tingginya kedudukan puasa, dan kalau seandainya orang yang puasa mempunyai dosa seperti buih di lautan niscaya akan diampuni dengan sebab ibadah yang baik dan diberkahi ini.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, (bahwasanya) beliau bersabda (yang artinya) : “ Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab (mengharap wajah ALLAH) maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” [Hadits Riwayat Bukhari 4/99, Muslim 759, makna "Penuh iman dan Ihtisab' yakni membenarkan wajibnya puasa, mengharap pahalanya, hatinya senang dalam mengamalkan, tidak membencinya, tidak merasa berat dalam mengamalkannya”
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu juga, -Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda (yang artinya) : “ Shalat yang lima waktu, Jum’at ke Jum’at. Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar” [Hadits Riwayat Muslim 233].
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu juga, (bahwasanya) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah naik mimbar kemudian berkata : Amin, Amin, Amin” Ditanyakan kepadanya : “Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?” Beliau bersabda (yang artinya) : “ Sesungguhnya Jibril ‘Alaihis salam datang kepadaku, dia berkata : “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan “Amin”, maka akupun mengucapkan Amin….” [Hadits Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan Al-Baihaqi 4/204 dari jalan Abu Hurairah. Hadits ini shahih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978. Dalam bab ini banyak hadits dari beberapa orang sahabat, lihatlah dalam Fadhailu Syahri Ramadhan hal.25-34 karya Ibnu Syahin].

2. Dikabulkannya Do’a dan Pembebasan Api Neraka

Rasullullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya) : “ Sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam dalam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya” [Hadits Riwayat Bazzar 3142, Ahmad 2/254 dari jalan A'mas, dari Abu Shalih dari Jabir, diriwayatkan oleh Ibnu Majah 1643 darinya secara ringkas dari jalan yang lain, haditsnya shahih. Do'a yang dikabulkan itu ketika berbuka, sebagaimana akan datang penjelasannya, lihat Misbahuh Azzujajah no. 60 karya Al-Bushri]

3. Orang yang Puasa Termasuk Shidiqin dan Syuhada

Dari ‘Amr bin Murrah Al-Juhani[1] Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Datang seorang pria kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian berkata : “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku shalat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku lakukan puasa Ramadhan dan shalat tarawih di malam harinya, termasuk orang yang manakah aku ?” Beliau menjawab (yang artinya) : “ Termasuk dari shidiqin dan syuhada” [Hadits Riwayat Ibnu Hibban (no.11 zawaidnya) sanadnya Shahih]

Rabu, 16 Jun 2010

Awal Jun


Pada tarikh 6jun 2010 aku menjemput ketibaan Syeikh Muhammad Fuad di Airport Terminal 1 flight gul fair. Perjalanan Syeikh Fuad kali ini diiringi beberapa orang kanannya dari Kuala Lumpur. Tujuan beliau datang ke bumi Mesir ini adalah untuk mendapatkan sanad sohih bukhori dari seorang ulama terkenal yang sangat diiktiraf oleh ulama'-ulama' mutaakhirin. Pada perancangan asalnya tempoh untuk menghabiskan bacaan lebih kurang 7ribu lebih hadith dari kitab sohih bukhori selama satu minggu (7hari) menjadi kepada dua minggu. Bacaan hadith bersama Syeikh Mahmud Saad Mamduh diadakan di hotel dengan dibahagikan kepada dua sesi, iaitu pagi dan petang. Satu sesi lebih kurang 5 jam dan bermakna sehari 10 jam. Selama seminggu Syeikh Fuad di sini beliau lebih banyak habiskan masa di dalam hotel sahaja.

Ketibaan Syeikh Fuad kali ini membuatkan aku betul-betul terasa diriku berada jauh dari kalangan orang-orang yang menuntut ilmu sebenarnya. Dan dengan kegigihan Syeikh untuk menghabiskan bacaan hadith sohih bukhori membuat aku tidak ragui lagi akan semangat beliau dalam menuntut ilmu sejak kecil dulu. Dan juga membuat diri ini terfikir melihat betapa ruginya manusia di masa muda yang tidak menghabiskan masa dengan menuntut ilmu dengan guru-guru yang ada. Hari ini aku melihat diriku berada dalam keadaan sangat beruntung dari orang lain kerana sejak dari dulu lagi memang cita-citaku hendak berdamping dengan ulama'-ulama' besar dan hebat. Dan aku sentiasa berdoa hingga ke hari ini, dan akhirnya apa yang aku minta setakat ini semuanya dapat tanpaku sedari. Segala permintaanku Allah kabulkan tika aku berada di bumi Mesir. Dengan keadaanku sekarang aku masih lagi tidak mampu menanam semangat berkobar-kobar dalam menuntut ilmu. Entah mengapa, mungkin permintaanku kali ini Allah tangguhkan buat sementara, dan mungkin ada hikmahnya. Insyallah aku akan terus berdoa.

Bacaan secara talaqqi "min jild ilaljild" agak sukar untuk ditemui pada hari ini. Dan ini menjadi salah satu sebab megapa sukar sama sekali untuk seorang penuntut ilmu mendapatkan hadith dari syeikh dan masyaiekh yang sepatutnya. (Orang yang sepatutnya) ialah seseorang yang mempelajarinya,menghafaznya,thiqoh terhadapnya,dan sama sekali tidak akan menyelewenginya, dan juga mengambil dan mempelajari semua hadith tanpa meninggalkannya dari syeikh dan maysaiekh yang sama-sama menjaga adab sebagai seorang perawi hadith.

Jadi memandangkan bacaan sebanyak 7ribu lebih hadith dalam jangka masa yang pendek sukar untuk dihabiskan, Syeikh Fuad telah membuat perhitungan untuk kembali semula ke Mesir setelah dua minggu pulang ke Malaysia. Dan juga memandangkan Syeikh Mahmud terlalu sibuk dengan urusannya. Segalanya ditangguhkan terlebih dahulu buat seketika. Pada hari sabtu bersamaan 12 jun Syeikh Fuad serta beberapa orang kanannya telah pulang ke Malaysia dan akan bersambung selepas dua minggu akan dating.

post by ganub

Selasa, 15 Jun 2010

WORLD CUP + EXAM.. = ?



Memandangkan majoriti tarikh exam student di Mesir tahun ini agak lewat bermula, maka terpaksa pelajar-pelajar di sini berperang sambil-sambilan sebab nak tengok world cup punye pasal. Majoritinya jugak kepada sesiapa yang ada isytirok parabola (astro mesir) semestinya dah book awal-awal full pakej siaran world cup yang akan berlangsung selama sebulan, start 11jun – 11julai … Tak kiralah tahun akhir ataupun tak, bola tetap bola, lebih-lebih lagi world cup ni bukan senang nak tengok, empat tahun sekali tu.
Dan secara majoritinya jugak yang menjadi pasukan pilihan world cup ni dah tentu la SPAIN dan BRASIL. Harap maaf lah kepada sesiapa yang terkecuali team die dari dua team hebat ni..hehehe, jangan rasa terpinggir plak bile time tengok bola ramai-ramai nanti.
Tapi kes aku time exam ni lain plak, maklum lah orang yang mengulang tahun ni banyak sikit masa terluang, macam aku fasa 2 ni ade 3 madah jer, exam 2 minggu sekali, bayangkan lah betapa lamenye masa nak study, nak tido, nak main-main, nak jalan-jalan, haa.. yang paling penting nak tengok world cup. Student syari'ah tahun 3 dah nak habis pun aku belum habis lagi..sabar jer la, kire banyak jugak masa nak berdoa dan nak prepare siapkan diri betul-betul.

Sedikit maklumat tentang world cup :

Untuk orang Malaysia yang nak tengok world cup sehari ade 3 game
19.30pm
22.00pm
02.30am

Untuk orang Malaysia yang ade kat Mesir khusus nya
14.30pm
17.00pm
21.30pm

Setakat ni, inilah waktu yang tepat untuk peringkat pasukan atau saringan

post by ganub

Jumaat, 21 Mei 2010

Ganub Kembali....



Salamua'alaikum buat sekalian pembaca...

Buat kali pertama saya mula mengisi kekosongan blog saya ini yang telah sekian lama terperap selepas kepulangan kali pertama saya ke MALAYSIA pada tahun 2009.

Kalau sebelum ini blog ini dijadikan untuk mem'promote' service travel guide saya di bumi MESIR, mungkin kali ini saya lebih berminat menulis untuk berkongsi kepada pembaca tentang travel story saya plak. Atas sebab-sebab tertentu minat dah bertukar bila rasa macam dah boring tahap GABAN, mulalah nak bercerita tentang perjalanan saya dan kawan-kawan di MESIR. Dalam masa yang sama selitkan la jugak promosi saya buat pembaca yang belum pernah datang ke MESIR untuk gunakan perkhidmatan TRAVEL GUIDE ANAK MALAYSIA ni.

Untuk pengetahuan semua sekarang ni time exam student-student azhar, ada yang dah abis, ada yang tengah exam dan ada yang belum mula lagi. Dan ada juga yang dah siap tempah tiket sambil-sambil beli barang untuk bawa pulang bercuti ke MALAYSIA.
Dalam muqadimah lembaran awal, saya nak bagi tahu la beberapa isu yang agak memberi perhatian pada diri saya buat masa kini dan kadang-kadang rasa macam seronok pulak bila kita borak atau bincang tentangnya…huhu.

Isu Pertama :

..KAHWIN..?
Untuk pengetahuan semua pada tanggal 18 MAC 2010 telah berlangsungnya perkawinan ibu tersayang saya buat kali yang kedua selepas pemergian arwah ayah saya sejak 15 tahun yang lalu. Cuba kawan-kawan semua bayangkan betapa perit dan susahnya pengorbanan seorang ibu yang kematian suami yang terpaksa menanggung tiga orang anaknya yang kesemuanya masih lagi belajar dalam tempoh yang agak lama. Entah tak tahu mengapa dalam tempoh 15 tahun mak saya tidak mahu mencari pengganti untuk tempat suaminya walaupun sudah berkali-kali si anak mengizinkan. Dan akhirnya terbuka jua pintu hatinya menerima pengganti yang datang dengan segala urusan yang Allah tentukan semuanya mudah dan begitu cepat belaka.

Kini masuk hari yang ke-75 selepas hari pernikahan ibuku. Dan sehingga hari ini juga aku tunggu dan nantikan perubahan yang ingin dilakukan oleh bapa baruku. Sebelum terlupa inginku kenalkan serba sedikit tentang bapa baruku. Nama diberi Damanhuri tapi disebabkan sedikit salah faham ketika mengisi surat pendaftaran untuk sijil kelahiran suatu ketika dulu, mungkin polis zaman tu kurang pendengaran kot atau mungkin kononnya nak tulis cepat tapi tangan tak berapa nk cekap..dengan tu jadilah namanya sekarang Kamanuri. Bak kata mak aku orangnya tak lah berape nk hensem, tapi manis ada dan mungkin mak aku pandang Cik man (panggilan manja adik-beradikku) dari sudut yang lain kot. Tu la kalau nak ikutkan memang la susah nak cari pengganti tempat bapaku, tapi Allah maha kuasa dan maha hikmah, mungkin disebalik kedatangan orang baru dalam keluarga aku ini membuatkan segala beban dan tomahan yang mak aku hadapi sebelum ini selesai dan paling tidak pun dapat kurangkan beban kedua-dua belah pihak.


” Aku bermohon pada tuhanku.. ya Allah kau jadikanlah keluargaku ini sepertimana keluarga yang islam inginkan, jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang berilmu dengan wahyuMU, jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang taat dengan perintahMu, jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang khusyuk dengan segala keimanan dan ketaqwaan terhadapMU "

Seterusnya giliran aku pulak..

Sambil-sambil time majlis kenduri nikah mak aku tu ramai pulak sedara-mara,orang kampung dan beberapa kenalan bertanya tentang aku .. for example : .." haa..omak ko dah 2kali langsung ko bilo plak?.." ada tu siap offer lagi kat aku nak jadi orang tengah, offer anak pun ada…tapi bila fikir balik, kalau cari calon dengan orang setempat tak berkembang lah zuriat nampaknya..takdelah sebenarnya aku ada pilihan sendiri, kita ni kalau nak cari pasangan mesti nak yang terbaik kan…tak salah nak cari seorang Puteri Kayangan walaupun kita ni tak berapa kayangan, harap-harap suatu hari nanti boleh tumpang sekaki naik ke kayangan. Mak aku pun offer anak kawan-kawan dia, tapi aku ni bukan la macam Khairul Azam yang dalam cerita cinta " ketika cinta bertasbih " tu. Firasat aku belum sampai tahap tu lagi. Jadi sekarang ni masih lagi mencari siapakah calon Puteri Kayangan yang aku idam-idamkan tu. Mencari time belajar ni tak salahkan..?ke.. macm mana?

tunggu isu selanjutnya...by adly

Ahad, 1 November 2009

" Politik Firaun "


Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Ia merupakan kitab hidayah, walaupun di dalamnya terkandung pelbagai ilmu dan maklumat. Antara yang terkandung di dalam al-Quran ialah kisah umat terdahulu. Cara kisah-kisah ini diceritakan di dalam al-Quran adalah pelbagai. Ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek. Bahkan ada kalanya tidak tersusun dari aspek turutan waktunya. Ini menunjukkan bahawa al-Quran tidak mementingkan cerita, bahkan yang lebih dipentingkan adalah pengajaran yang perlu diambil daripada cerita tersebut. Hal ini berbeza dengan kitab-kitab sebelumnya. Kitab Taurat contohnya, meriwayatkan cerita mengikut turutan waktu secara terperinci, sehingga ada pengkaji yang berpendapat ia lebih berbentuk kitab sejarah daripada kitab agama.
Antara kisah penting yang terdapat di dalam al-Quran adalah kisah Fir'aun. Perkataan Fir'aun secara jelas disebut di dalam al-Quran sebanyak 67 kali dalam 61 ayat dan pada 21 surah. Ada kalanya diriwayatkan secara panjang lebar dan ada kalanya sekadar untuk menerangkan watak yang dilaknat oleh Allah itu untuk diambil pengajaran. Antara surah yang menceritakan kisah Firaun secara pangjang lebar ialah surah al-A`araf, Yunus, Toha, Syu`ara', al-Qasas, dan Ghafir.
Seperti yang telah diterangkan, kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran tersebut diceritakan adalah untuk diambil pengajaran dan iktibar, bukan sekadar berseronok-seronok. Justeru, watak-watak yang diceritakan tersebut akan berulang dalam sejarah manusia. Tidak hairanlah apabila Nabi s.a.w. menggelarkan Abu Jahal sebagai Firaun umatnya.
Antara politik Fir'aun untuk memperkukuhkan lagi kekuasaannya ialah dengan mengaku sebagai tuhan. Firman Allah s.w.t.: فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى)), Maksudnya: "Maka berkatalah Firaun: Akulah tuhan kamu yang paling tinggi". Keangkuhan seumpama ini berulang lagi dalam sejarah manusia. Golongan pemimipin diktator seperti Hitler, walaupun tidak mengaku menjadi tuhan, tetapi tindakan yang mereka lakukan seakaan mahu menyamakan diri mereka sebagai tuhan. Begitu juga, ada juga pemimpin yang mengaku mampu memberikan manfaat dan kemudharatan kepada pengikutnya dengan mengaku sebagai wali dan mendapat ilmu laduni daripada Allah sehingga segala yang diucapkannya perlu dilaksanakan. Bukankah ada di kalangan puak-puak yang lahir daripada aliran Syiah yang mempertuhankan manusia? Justeru kisah ini berulang lagi dalam secara manusia.
Firman Allah lagi:
قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ
Maksudnya: "Berkata Fir`aun: Bukanlah kami membela kamu dari kecil dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun?"

Inilah yang disebut oleh Fir`aun kepada Nabi Musa apabila baginda ingin menyampaikan dakwahnya. Ungkitan seperti yang pernah dibuat oleh Fir`aun tersebut selalu kedengaran keluar daripada mulut para pemimpin apabila ada rakyat yang ingin membuat perubahan kepada yang lebih baik. Mereka selalu berkata, bukankah kami yang memberikan kamu biasiswa? Berapa banyak subsidi telah kami berikan? Bukankah kami yang memberikan keamanan kepada Negara ini? Dan pelbagai ungkitan lain seumpama ungkitan Fir`aun tersebut.