Ahad, 14 Jun 2009

Diriku dengan mesir?


Mesir sekilas pandang jika dilihat adalah sebuah Negara yang penuh dengan sejarahnya dari masa lampau dan banyak kesan-kesan tinggalannya yang masih lagi dapat dilihat. Bagi yang belum mengenalinya pasti menganggap bahawa Mesir ini adalah sebuah tempat yang sememangnya hanya untuk menuntut ilmu semata. Banyak pandangan dan pendapat yang telah saya kongsi bersama dengan rakan dan sahabat saya samada di dalam negara atau luar negara. Sememangnya tepat bagi setiap gambaran yang dijelaskan dan diterjemahkan segala apa yang ada di Bumi Mesir ini.

Bagi diri ini amat rugilah bagi sesiapa yang melepaskan peluang untuk mengunjungi Bumi Mesir ini. Walaupun pada mata kasar bandar dan pekan-pekan yang ada di sini jauh berbeza taraf pembangunan berbanding dengan Negara kita, tapi istimewanya mereka ini masih lagi berpegang dengan adat istiadat yang diwarisi sejak turun temurun oleh nenek moyang mereka. Adapun dengan itu, tidaklah disandarkan mereka ini dengan perkara-perkara yang menjauhkan diri mereka dari agama mereka sendiri.

Majoriti secara keseluruhannya Bumi Mesir ini dipenuhi dengan penganut agama yang sangat mulia di muka bumi Allah iaitu agama islam. Salah seorang pensyarah yang mengajar di Universiti Al-azhar Assyarif di Cairo berkata bahawa, “Di Mesir ini tidak ada orang islam yang ingin keluar dari agama mereka, bahkan ramai lagi pada setiap hari dan waktu orang bukan islam ingin memeluk agama islam. Kerana sifat keistimewaan yang ada pada mereka adalah sensitiviti yang sangat tinggi terhadap agama nenek moyang mereka iaitu islam”

Telah termaktub di dalam al-quran disebut oleh Allah atas nama Mesir dengan kemegahannya. Sebuah Negara yang mempunyai bilangan penganut agama islam palig ramai di dunia. Mesir juga terkenal dengan kehebatan barisan pertahanan mereka sejak dahulu lagi. Segala keunikan yang ada di sini amat sukar diperolehi di mana-mana Negara.

Kadang-kadang diri ini bingung dengan suasana dan keadaan yang berlaku di sini, tapi tu cuma seketika. Yang seronok bagi diri ini dapat hidup dalam suasana mereka dengan selesa yang penuh dengan sikap toleransi dan tolak ansur mereka sesama manusia.

Disediakan oleh: Ibn ibrahimy assarkamy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.