Khamis, 18 Jun 2009

MENARIK KE?

Memang menarik bagi saya untuk memperkenal kepada sekalian sebahagian MENARIK KE?
tempat yang sememangnya jadi tumpuan kepada setiap pelancong yang datang ke Mesir. Serba sedikit mampu membuat pengenalan serba ringkas sebelum sekalian melancong ke mesir.
**** SEMENANJUNG SINAI ***
Segitiga Sinai merupakan sebuah dataran yang mirip sebuah pulau yang diapit oleh 2 buah teluk - Suez dan 'Aqabah. Kawasan yang seluas 61 km ini dibahagikan kepada 2 wilayah iaitu Sinai Utara dan Sinai Selatan. Daerah ini telah menjadi tumpuan pengunjung yang meminati hidupan laut. Hampir seluruh dataran Sinai ini merupakan padang pasir dan gunung - gunung batu
Di dataran ini, tersingkap pelbagai peristiwa kenabian. Dataran ini merupakan laluan Nabi Ibrahim dalam perjalanannya ke Syam, Nabi Musa berbicara dengan Allah di Lembah suci Sinai (Wadi Muqaddas Thawa), makam Nabi Salleh dan Nabi Harun.Di samping itu, penaklukan Mesir di bawah pimpinan Amru bin 'As juga melalui dataran Sinai ini.
Antara tempat menarik tumpuan pengunjung ialah:

MATA AIR MUSA ('UYUN MUSA )
Terletak 143 km dari Kaherah. Tempat ini terdiri daripada 12 mata air yang berasal daripada sebuah batu yang dipecahkan oleh Nabi Musa a.s dengan tongkatnya untuk memberi minum suku kaumnya, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran ( Surah al Baqarah : ayat 60). Namun kini, kedua - dua belas sumur itu tidak ditemui lagi kerana sebahagiannya telah dilitupi pasir yang ditiup oleh angin dari gurun.

RA'SU SADR
Ra' su Sadar merupakan satu pantai yang indah di tepi Teluk Suez dan dikunjungi waktu musim panas. Jaraknya adalah sekitar 1 74 km dari perbatasan Kaherah.

KOTA THUR
Ia terletak di pinggir Teluk Suez dan merupakan ibu kota Sinai Selatan. Terdapat benteng Thur yang telah didirikan oleh kerajaan Uthmani (Sultan Salim I ) pada tahun 1520M di kota ini.

HAMAM FIRAUN DAN HAMAM MUSA
Kedua - dua tempat ini berjauhan antara satu sama lain. Hamam Firaun terletak di Persisiran Teluk Suez, dan digunakan oleh Firaun untuk menyembuhkan penyakit Rheu-matism. Ia berasal daripada sebuah bukit yang telah ditebuk. Manakala Hamam Musa adalah merupakan tempat persinggahan Nabi untuk bersuci yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Suez dan bandar Thur.

JABAL THUR DAN SAINT CATHERINE
Merupakan tempat yang paling suci di Dataran Sinai. Kawasan ini terletak pada ketinggian 2500 m dari permukaan laut sehingga udaranya sangat dingin dan kadangkala turun salji semasa musim dingin berada di kemuncaknya. Sebuah biara telah dibina sekitar abad ke - 6 masihi dengan nama Saint Catherine ( diambil daripada salah seorang anak pemimpin Alexandaria yang menganut agama masehi sehingga disiksa). Di puncak Saint Catherine, terdapat dua tempat ibadah yang kecil, masjid dan gereja. Pemandangan alam yang mempersonakan ditambah lagi dengan matahari yang terbit indah dapat dilihat dari puncaknya.
Sekitar daerah ini, terdapatjuga makam Nabi Saleh dan Nabi Harun serta patung l'jil (anak lembu yang disembah oleh Samiri ketika Nabi Musa menyendiri (kontemplasi ) selama 40 hari di Saint Catherine untuk menerima wahyu). Di sana juga terdapat 'Syajarah Mubarakah' iaitu pohon suci seperti yang telah disebut dalam al Quran, surah al-Mukminun ayat 20.

THABA
Thaba' merupakan tempat yang terletak paling ke timur Mesir. la menjadi batas akhir Wilayah Mesir dengan Kota Ilat di Wilayah Israel. Kota ini berada di Teluk 'Aqabah dan berhadapan dengan Teluk 'Aqabah. Thaba adalah pemisah bagi tiga buah negara iaitu Mesir, Israel dan Jordan. la juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh Mesir daripada penjajahan Israel terhadap penjajahan Sinai. Jarak kota ini dari Kaherah hanya 703 km sahaja.

JAZIRAH FIRAUN
Jazirah Firaun ini merupakan pulau kecil yang terletak 8 km dari Thaba'. Suatu yang menarik terdapat di sana ialah sebuah benteng yang dibangunkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi untuk menghadapi serangan semasa Perang Salib. Untuk sampai ke sana, biasanya pengunjung menggunakan perahu kecil yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan Mesir.

A'RIESY
Ibukota wilayah Sinai Utara ini terletak di pinggir pantai Laut Mediteranean. A'riesy terkenal dengan pantai kurmanya yang menjadi tumpuan para pengunjung. Jaraknya dari Kaherah iaitu 373 km

Perkongsian maklumat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.