Selasa, 8 Februari 2011

" Hatiku di sana "


Setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya,menempuhi segala kesusahan dan kepayahan dalam sekelumit kesabaran demi keselamatan umum. Ganub Saina kini terpaksa meninggalkan bumi tercintanya "ardul kinanah"(Mesir) buat jangka masa yang masih lagi tidak diketahui tempohnya. Untuk makluman ketika ini Ganub Saina sudah berada di bumi tanah tumpahnya darahku (Malaysia). Trip pertama flight yang dihantar oleh MAS untuk menghulurkan bantuan membawa semua anak-anak Malaysia di Mesir pulang. Saya dan beberapa orang kawan dari Negeri Sembilan termasuk di antara penumpang trip pertama tersebut (MAS). Banyak hikmah yang ingin tuhan tunjukkan pada kami sepanjang tempoh berlakunya rusuhan (muzaharot) di beberapa tempat utama di bumi Mesir. Sejak segalanya bermula hati ini sering merasakan alangkah rindunya jika aku meninggalkan bumi para nabi ini, sekaligus muncul pula suara-suara yang inginkan diri ini pulang ke tanah air.
Pada mulanya hati ini agak berat dan susah untuk melangkah keluar dari tempat yang penuh dengan seribu satu macam perkara yang membuat diri ini tertarik dengannya. Hanya tuhan sahaja yang tahu di dalam hatiku ini mengenainya. Kadang-kadang yang pelik, susah dan segalanya berlaku di Mesir akan sentiasa membuat kita berfikir untuk kita menjadi lebih matang dan maju kehadapan. Mungkin ini dijadikan salah satu sebab mengapa ketamadunan dunia bermula di sana.
Cuba kawan fikir dan bayangkan tentang rusuhan yang berlaku sekarang di Mesir, "Pernahkah atau tidak dalam satu masa dan tempat seramai-ramai umat islam mampu berkumpul lebih kurang 1juta hanya untuk menyuarakan kehendak mereka agar presiden yang setelah sekian lama memerintah tanpa ada sebarang usaha untuk menjaga hak kebajikan rakyat yang telah sekian lama tertindas hingga sekarang..?", dan adakah mampu negara-negara lain melakukan sedemikian hanya sekadar inginkan hak-hak demokrasi berpalirmen dilaksanakan dalam pemerintahan Negara?
Dengan demikian walaupun rusuhan ini berlaku sedikit (over acting) dari kalangan anak-anak muda yang tak mampu tahan sabar, diri ini tidak mampu meletakkan dasar sokongan pada pihak kerajaan(hizbulwatoni). Mungkin sekiranya perkara yang sedemikian tidak berlaku Husni Mubarak tidak sekali-kali memberi muka pada suara jutaan rakyat Mesir yang berhimpun beramai-ramai. Pegangan yang kuat dalam diri setiap jiwa rakyat Mesir pada semua peringkat umur dapat dilihat menerusi gerakan revolusi yang berlarutan hingga sekarang.
Peristiwa ini juga hendaklah dijadikan sebagai tauladan pada masyarakat negara kita andai sekiranya berlaku kepimpinan yang batil di peringkat kerajaan. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberikan keselamtan dan keamanan walaupun sedikit bencana alam yang diturunkan mungkin hanya sekadar untuk kita memperingati kebesaranNya. Marilah sama-sama kita menadah tangan memohon doa agar umat islam di Mesir sentiasa di dalam perlindungan Allah…amin!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.