Sabtu, 2 April 2011


Tepat jam 17.00 waktu tempatan bersamaan jam 23.00 waktu Malaysia tibanya saya dengan beberapa orang sahabat yang lain di Bumi Mesir dengan selamatnya. Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami bermula dari Malaysia dan transit sebentar selama sejam di Doha, Qatar kemudian meneruskan perjalanan semula ke Mesir dalam keadaan selamat dan gembira. Ketibaan kami disambut oleh pegawai dan sahabat yang sangat-sangat ingin kami berterima kasih kepada beliau kerana dengan segala pengorbanan dan penat lelah dalam ketika waktu yang terdesak sewaktu mula-mula menguruskan kami hinggalah ke hari ini semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya.

Suasana awal ketika ketibaan kami di Mesir ramai dikalangan rakyat Mesir yang tertanya-tanya akan perihal kami ketika bermulanya revolusi hinggalah kami pulang semula ke negara Mesir. Soalan pertama saya semula pada salah seorang rakyat Mesir "adakah Mesir kini seperti dulu,dan adakah cukup selamat keberadaan kami di sini sekarang ?". Jawab beliau, "Alhamdulillah dan insyallah semua seperti sediakala dan mungkin lebih baik lagi sepanjang kamu berada di sini bilamana kami berjaya membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang dan perubahan ini semua adalah untuk semua umat islam khususnya bagi rakyat Mesir sendiri. Maka kau doakanlah agar Allah kurniakan kebaikan pada Tanah kami ini..!!"

Penuh kepiluan dan rasa sedih seketika menyelinap hati yang ingin cuba menjadi rakyat seperti mereka yang inginkan hak kebebasan berdemokrasi. Tapi selagi diri belum berpijak di bumi yang nyata tidak mampu taring menutur bicara. Hari demi hari aku ingin melihat perubahan yang akan berlaku di Mesir. Sebak lagi rasa di hati bila dibandingkan semangat semua pemuda mereka yang jauh berbeza lebih kehadapan menuntut semua hak dari bekas pemimpin yang zalim berbanding dengan pemuda yang berada di negara kita kini yang terus leka dengan hiburan yang menggelapkan jiwa. Kadang-kadang terfikir juga bila hati menyoal diri untuk menghitung amalan sepanjang hidup. " Adakah sudah cukup keadaan diri ini untuk dikategori sebagai yang terbaik untuk tauladan manusia sekeliling…? ". Semakin takut dengan diri bila sedar ilmu yang ku bawa belum cukup matang untuk dikupas dan dikongsi dengan orang lain.

Pesanan pada semua teman dan juga kenalan yang sentiasa berdamping denganku..tolonglah pesankan diri ini agar sentiasa dalam keadaan bersemangat menuntut ilmu!!!!. Risau juga jika yang sentiasa mengingatiku sebelum ini hilang meninggalkanku. Dimanakah mereka..?adakah mereka masih ada lagi untukku..?. Ku tahu semangat itu juga muncul jika manfaat ilmu itu betul pada jalannya. Tapi aku perlu juga kalian semua untuk terus bersemangat bangkit memajukan diri kearah 'insan yang berilmu'. Mari kita semua merancang perjalanan kita agar ia sampai hingga akhirnya dengan selamat tanpa tercicir sebarang keperluan.

Setibanya aku di sini nasihat pertama yang aku peroleh dari guru quranku :
" Jadilah manusia yang berguna kelak,andai sekarang kau tertinggal dalam melengkapkan diri dengan segala keperluan apakah bekalan kau yang berguna untuk kau jadikan sandaran dan rujukan peribadi..? bila seorang pelajar itu datang untuk menuntut ilmu, maka bersedialah untuk memulakan langkah pertama itu dari awal berserta niatnya yang ikhlas, dan tiada yang mudah untuk gapai semua nikmat dunia yang baik kelak, dan paling penting sekali letakkan agama itu didepan daripada segalanya…"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.