Khamis, 21 April 2011

Kisah Nabi Musa A.S : part -2


Dalam tempoh Musa dibesarkan di istana segala kemahiran dan kepakaran yang sememangnya menjadi kebanggaan dikalangan golongan pemerintah pada ketika itu telah dipelajarinya. Beliau juga dianggap seperti anak firaun sendiri pada ketika itu. Dan sememangnya ketamadunan Mesir pada asalnya terbina sejak kebangkitan kerajaan yang dibina oleh firaun generasi demi generasi. Sebagaimana yang kita maklum bahawa dikalangan pemerintah dan bangsawan pada ketika itu hanya dikalangan rakyat Mesir (asli) sahaja. Sememangnya juga tamadun ini terkenal kerana banyak keunikan dalam kemahiran yang membuatkan masyarakat pada ketika itu maju membangun. Dan sebab itu lah hingga kini Mesir masih lagi digelar dengan 'Ummud dunia' ataupun makna kata Mesir ini adalah ibu kepada dunia kerana segala ketamadunan dalam dunia ini dimulakan oleh tamadun Mesir Purba yang bertapak di bumi Mesir sejak awal lagi.

Pada suatu ketika sewaktu Musa sudah pun dewasa berlaku satu peristiwa dimana salah seorang orang suruhan firaun dengan gelaran QIBTI (org Mesir) bergaduh dengan salah seorang dikalangan bani isra'il (bernama Samiri), dimana pada ketika itu berpunca qibti itu memukul seorang kaum bani isra'il kerana tidak melaksanakan kerjanya selaku hamba suruhan firaun dan menyebabkan diantara mereka saling berlawan. Dan sehinggalah Musa ternampak akan kejadian lalu dipanggil oleh orang isra'il itu menyebabkan Musa terus menghampirinya lalu menumbuk qibti itu yang tanpa disedari mati dengan tidak sengajanya, dan juga menyebabkan Musa berasa takut akan tindakannya itu. Dalam kejadian ini pada asalnya Musa ingin membela akan kaum asalnya (bani isra'il) yang ditindas dengan kezaliman pemerintahan firaun tanpa belas kasihan. Sememangnya pengetahuan Musa tentang asal usulnya diketahui ketika beliau dibesarkan didalam istana firaun lagi. Hendak dijadikan cerita sewaktu Musa masih bayi Allah telah pertemukan Musa dengan ibu kandungannya semula untuk dijadikan ibu susuan oleh firaun. Dan daripada itulah Musa mengetahui segalanya tentang dirinya yang sebenar bahawa beliau adalah salah seorang daripada kaum bani isra'il yang mempunyai keluarga dan dua lagi adik beradik kandungnya yang salah seorang daripadanya adalah nabi Harun.

Lanjutan daripada peristiwa Musa membunuh seorang qibti pada awalnya tadi membuatkan beliau berasa sangat tidak senang hati dalam keadaan ketakutan, khuatiri akan perkhabaran kelakuannya itu terlepas hingga ke telinga firaun dan sekutunya. Kerana disebabkan yang demikian beliau boleh dijatuhkan hukuman mati oleh firaun kerana kesalahan besar beliau dengan membunuh orang Mesir di atas sebab ingin membela kaum bani isra'il. Musa berasa sangat – sangat bersalah dan ingin bertaubat dengan sebenar-sebenar taubat di atas perbuatannya yang lalu. Dengan yang demikian apabila berita tentang pembunuhan yang dilakukan Musa itu sampai ke telinga firaun, tanpa melengahkan masa dengan segera firaun mengumpul semua bala tenteranya untuk memburu Musa sehingga dapat untuk dibunuh. Daripada itu Musa pun telah membuat keputusan untuk meninggalkan kota firaun itu dengan segeranya dan menuju kearah MADYAN (selatan Palestin / timur Mesir) …bersambung akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.